SELAMAT MENCUBA RESEPI KEK RED VELVET DARI BLOG SAYA .. SEBARANG KOMEN DAN CADANGAN BOLEH DIBERIKAN KEPADA SAYA ..

Resepi Kek


CARA MEMBUAT KEK RED VELVET STEP BY STEP

Selamat Sejahtera kepada semua pengunjung blog saya ini ... atas permintaan yang ramai, kali ini saya menyediakan resepi Kek Red Velvet yang menjadi kegilaan ramai pengunjung blog...saya juga turut menyertakan cara-cara menyediakan Kek ini bermula dengan cara pertama sehingga terakhir .. selamat mencuba resepi KEK RED VELVET dari saya ... 

BAHAN - BAHAN A

60 grm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonnate
1 ssudu teh garam
2 sudu besar serbuk koko
400 grm gula halus
1 cawan minyak jagung
2 biji telur gred A
1 cawan butter milk
2 sudu esen vanila
1 sudu besar pewarna merah
1 sudu teh cuka masakan
1/2 cawan air kopi

CARA PENYEDIAAN

1. Panaskan oven pada suhu 170C ~ 180C bergantung pada kepanasan oven
2. Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc, sapukan mentega dan letakkan lapik kek ~ ketepikan
3. Dalam bekas, satukan dan ayak tepung, baking powder, soda , serbuk koko dan garam ~ ketepikan
4. Dalam bekas yang besar, satukan gula dan minyak tambahkan telur, buttermilk, esen vanilla dan             pewarna, gaul rata dengan whisk atau spatula
5. Tambahkan air kopi panas dan cuka masakan
6. Tambahkan bahann tepung yang di ayak sedikit-sedikit dan gaul adunan rata
7. Tuang adunan sama banyak dalam 2 loyang
8. Bakar dalam ketuhar selama 40 minit atau sehingga kek benar masak 
9. Cucuk ditengah kek dengan lidi untuk menentukan kek telah masak. Jika lidi keluar bersih dan licin,     ini bermakna kek telah dibakar sempurna, jika tidak tambahkan lagi masa membakar.
10. Sejukkan kek atas redai setelah masak
11. Potong atas kek yang keras. 
12. Potong kek kepada 4 kepingan ~ rujuk sini untuk cara memotong kek



CARA PENYEDIAAN TOPING

Krim Keju 1

150 gm krim keju
30 gm mentega tanpa garam
60 gm gula aising
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh paste Lemon

Pukul krim keju dan gula hingga kembang
Masukkan mentega, esen vanilla dan lemon paste
pukul sebati

Untuk krim keju yang ita gunakan

Krim Keju 2

200 gm krim keju
1 sudu teh lemon Paste
90 gm coklat masakan putih
150 gm krim bukan tenusu ~
8 gm gelatin
30 gm air

1. Cairkan gelatin 
2. Cairkan coklat masakan cara double boiler
3. Satukan gelatin cair dalam coklat putih
4. Pukul krim keju dan paste lemon hingga lembut
5. Tambahkan adunan gelatin dan coklat putih
6. Dalam bekas pemutar lain, putar krim keju hingga kental
7. Satukan krim putar dalam krim keju dan kaup balik rata



Kaedah Penyediaan Kek Brick


1. Potong 4 keping kek dengan acuan cutter yang berbeza
2. 2 keping dengan 3 acuan cutter
3. 2 keping lagi dengan 2 acuan cutter bulat yang berbeza saiz sila rujuk gambar 1



4. Mulakan dengan kek yang kita potong kepada 3 cutter
5. Sapukan krim keju pada bahagian yang telah kita potong dengan cutter bulatan tadi rujuk gambar 2
6. Ratakan atas kek dengan krim keju nipis sahaja rujuk gambar 3
7. Letakkan pula lapisan kek yang kedua
8. Untuk lapisan ini kita perlu ceraikan kek tersebut, letakkan bahagian yang dalam dulu, letakkan krim     dan cantumkan bahagian-bahangian yang lain hingga habis rujuk gambar 4 dan 5
9. Ulang proses hingga habis
10. Ratakan keseluruhan kek dengan krim keju dan simpan dalam peti ais

  
Kek setelah di hias mengikut pillihan anda

resepi-kek-red-velvet-cheesecake


Kek yang telah di hias


SELAMAT MENCUBA


No comments:

Post a Comment